Saturday 20 July 2013

"F.E.A.R." of SUCCESS Syndrome



Rose rasa mesti anda semua rasa macam pelik kan dengan ayat "SINDROM" takut pada kejayaan... Ia memang berlaku dan biasanya melanda pada mereka yang KURANG YAKIN pada kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Malah ramai juga yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami sindrom takut pada kejayaan.. Jadi apakah tanda-tanda sindrom itu?

5 CIRI MENANDAKAN ANDA SEBENARNYA BERDEPAN DENGAN SINDROM INI

  • Rasa bersalah pada kejayaan
Anda rasa bersalah pada rakan-rakan sepasukan/rakan kongsi yang tidak mempunyai kejayaan seperti anda. Anda takut dikatakan memiliki kejayaan itu disebabkan oleh sikap 'bodek" dan sebagainya. 
Perasaan sedemikian harus diubah. Jangan lah terlalu "melayan" perasaan negatif yang akan merosakkan diri sendiri dan juga akan membantutkan kecermerlangan diri kita dalam kerjaya / perniagaan. Jangan mudah rasa bersalah di atas kejayaan anda sendiri kerana anda layak dan berhak untuk memilikinya di atas usaha anda sendiri.
  • SOROK PENCAPAIAN
Berbeza pula dengan orang lain yang akan menguar-uarkan pencapaian, anda pula sebaliknya. Anda lebih selesa untuk menyembunyikannya dan berasa amat malu jika pencapaian anda diketahui ramai.
Sebab anda takut dan bimbang pencapaian anda tue disalah anggap oleh orang lain dan juga takut jika melalui pencapaian tue anda akan diberikan tanggungjawab yang lebih besar.
  • ELAK PROJEK BESAR
Anda takut mengendalikan projek-projek yang besar dan suka berlenggah-lenggah berdepan dengannya meskipun projek tersebut yang bakal mendapat pengiktirafan. Anda takut diri anda dikenali dan tidak suka dan takut untuk ke hadapan.
Sebolehnya anda mengelak jika majikan menyenaraikan nama anda untuk perkara seperti ini. Dalam hati anda berkata bahawa anda tidak boleh melakukannya, walhal anda belum mencubanya lagi. Ini memang petanda sah anda sedang mengidam "sindrom" takut pada kejayaan. Ubah segera dan mula percaya pada diri sendiri. Itu lebih penting dan lebih berbaloi..
  • SERING ABAIKAN MATLAMAT
Apabila kita sering mengabaikan matlamat ataupun agenda diri kerana terlalu memikirkan orang lain. Pada pemikiran mereka yang dijangkiti dengan sindrom atau virus ini dia sering memikirkan matlamat dirinya hanya akan menimbulkan konflik di dalam kumpulan dan juga dengan sahabat handai.
Hal ini akan membuatkan anda sering menjadikan diri tersekat untuk maju ke hadapan dan selesa pada keadaan sekarang sahaja. Ubah pemikiran ini. Selagi perkara itu tidak memudaratkan orang lain dan tidak menganiaya orang, anda boleh berusaha untuk mendapatkanya.
  • SABOTAJ DIRI SENDIRI

Berhenti untuk sabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa anda tidak cukup baik untuk mencapai kejayaan. Kata-kata itu sebenarnya menidakkan keupayaan diri anda untuk mengejar kejayaan dan membolehkan anda mendapat sindrom takut pada kejayaan. Berusahalah untuk melawan "sindrom" ini kerana ia bukan sahaja menjadikan anda seorang yang takut untuk bersaing malahan menjadikan anda seorng pekerja yang tidak suka bersaing. Ia akan membuatkan anda berada pada tahap yang sama hingga diri sendiri membosankan.

Rose harap info ni dapat memberi manfaat pada para pembaca. Jadi mulai sekarang, berfikiran positif dan berusahalah ke arah yang lebih baik! We never know what await us in future!!

Love, 
Rose
GLAM
Green Leaders Academy Malaysia 
rosemaamor@gmail.com l 012 3780825
instagram @rosemaamor

*credit to suziana che wil







No comments:

Post a Comment