Sunday 28 July 2013

Lailatul Qadar



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua??
Rose harap semuanya baik, sehat dan bertenaga sepanjang Ramadhan al Mubarak. Syukur alhamdulillah kita masih lagi berpeluang untuk merasai kenikmatan dan rahmat bulan mulia ini... Antara nya malam Lailatul Qadar atau dikenali sebagai Malam 1000 Bulan..

Apa itu Lailatul Qadar?
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, sebagaimana yang diterangkan didalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. diantaranya firman Allah s.w.t.

Apakah tanda-tanda malam Lailatul Qadar?
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda berhubung dengan malam Lailatul Qadar
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat Nur yang terang benderang di segenap tempat sehingga cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Imam Tabari r.h memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk malam Lailatul Qadar.


Apakah amalan Lailatul Qadar?
  • Banyakkan solat, membaca Al-Quran, doa dan zikir.
  • Bacalah walaupun 1 ayat Al-Quran sebelum tidur, kerana jika kebetulan dengan malam Qadar, pahalanya lebih baik daripada sekali khatam Al-Quran pada malam-malam lain.(sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas)
  • Bagi perempuan yang haid atau nifas, berzikirlah.
Siapakah yang mendapat Lailatul Qadar?
  • Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah sepanjang Ramadhan. Dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat subuh berjemaah.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang solat Isya berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulalil separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam."
  • Solat terawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat isyak, orang yang solat terawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Pada malam Lailatul Qadar ini juga Jibrail a.s. akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat dirumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang didalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang didalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini. 

Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri Rose sendiri... 
Insya Allah, segala amalan yang dilakukan akan mendapat rahmat dariNya..

Love,
Rose 
GLAM
Green Leaders Academy Malaysia
rosemaamor@gmail.com l 012 2370825
instagram @rosemaamor



Saturday 20 July 2013

"F.E.A.R." of SUCCESS Syndrome



Rose rasa mesti anda semua rasa macam pelik kan dengan ayat "SINDROM" takut pada kejayaan... Ia memang berlaku dan biasanya melanda pada mereka yang KURANG YAKIN pada kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Malah ramai juga yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami sindrom takut pada kejayaan.. Jadi apakah tanda-tanda sindrom itu?

5 CIRI MENANDAKAN ANDA SEBENARNYA BERDEPAN DENGAN SINDROM INI

  • Rasa bersalah pada kejayaan
Anda rasa bersalah pada rakan-rakan sepasukan/rakan kongsi yang tidak mempunyai kejayaan seperti anda. Anda takut dikatakan memiliki kejayaan itu disebabkan oleh sikap 'bodek" dan sebagainya. 
Perasaan sedemikian harus diubah. Jangan lah terlalu "melayan" perasaan negatif yang akan merosakkan diri sendiri dan juga akan membantutkan kecermerlangan diri kita dalam kerjaya / perniagaan. Jangan mudah rasa bersalah di atas kejayaan anda sendiri kerana anda layak dan berhak untuk memilikinya di atas usaha anda sendiri.
  • SOROK PENCAPAIAN
Berbeza pula dengan orang lain yang akan menguar-uarkan pencapaian, anda pula sebaliknya. Anda lebih selesa untuk menyembunyikannya dan berasa amat malu jika pencapaian anda diketahui ramai.
Sebab anda takut dan bimbang pencapaian anda tue disalah anggap oleh orang lain dan juga takut jika melalui pencapaian tue anda akan diberikan tanggungjawab yang lebih besar.
  • ELAK PROJEK BESAR
Anda takut mengendalikan projek-projek yang besar dan suka berlenggah-lenggah berdepan dengannya meskipun projek tersebut yang bakal mendapat pengiktirafan. Anda takut diri anda dikenali dan tidak suka dan takut untuk ke hadapan.
Sebolehnya anda mengelak jika majikan menyenaraikan nama anda untuk perkara seperti ini. Dalam hati anda berkata bahawa anda tidak boleh melakukannya, walhal anda belum mencubanya lagi. Ini memang petanda sah anda sedang mengidam "sindrom" takut pada kejayaan. Ubah segera dan mula percaya pada diri sendiri. Itu lebih penting dan lebih berbaloi..
  • SERING ABAIKAN MATLAMAT
Apabila kita sering mengabaikan matlamat ataupun agenda diri kerana terlalu memikirkan orang lain. Pada pemikiran mereka yang dijangkiti dengan sindrom atau virus ini dia sering memikirkan matlamat dirinya hanya akan menimbulkan konflik di dalam kumpulan dan juga dengan sahabat handai.
Hal ini akan membuatkan anda sering menjadikan diri tersekat untuk maju ke hadapan dan selesa pada keadaan sekarang sahaja. Ubah pemikiran ini. Selagi perkara itu tidak memudaratkan orang lain dan tidak menganiaya orang, anda boleh berusaha untuk mendapatkanya.
  • SABOTAJ DIRI SENDIRI

Berhenti untuk sabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa anda tidak cukup baik untuk mencapai kejayaan. Kata-kata itu sebenarnya menidakkan keupayaan diri anda untuk mengejar kejayaan dan membolehkan anda mendapat sindrom takut pada kejayaan. Berusahalah untuk melawan "sindrom" ini kerana ia bukan sahaja menjadikan anda seorang yang takut untuk bersaing malahan menjadikan anda seorng pekerja yang tidak suka bersaing. Ia akan membuatkan anda berada pada tahap yang sama hingga diri sendiri membosankan.

Rose harap info ni dapat memberi manfaat pada para pembaca. Jadi mulai sekarang, berfikiran positif dan berusahalah ke arah yang lebih baik! We never know what await us in future!!

Love, 
Rose
GLAM
Green Leaders Academy Malaysia 
rosemaamor@gmail.com l 012 3780825
instagram @rosemaamor

*credit to suziana che wil







Sunday 14 July 2013

Factor!!!

3 FAKTOR PENGARUH KESIHATAN


MAKANAN
Ancaman daripada ubat kimia, racun perosak, bahan pengawet, pigmen dan toksin kimia lain yang mengugat kesihatan dan meningkatkan risiko penyakit kronik.


GAYA HIDUP
Gaya hidup yang tidak sihat akan menyebabkan tubuh badan berasid, adaya tahan imunisasi menurun dan senang terdedah kepada serangan virus dan bakteria.


PERSEKITARAN
Pencemaran alam sekitar dan penggunaan komputer dan alat elektronik secara meluas telah mendedahkan kita kepada ancaman radiasi yang tinggi.

Gambar diatas menunjukan thermographic imej. Di sebelah kiri adalah imej thermographic yang tidak terdedah dengan radiasi dari handphone, manakala sebelah kanan adalah imej selepas 15 minit menjawab panggilan dari handphone. Bahagian kuning dan merah menunjukan kesan haba yang akan mengakibatkan kesan negatif terhadap kesihatan.

Bayangkanlah jika kita menggunakan handphone lebih dari 15 minit.. Bagaimanakah kesan nya terhadap kesihatan kita??
Bukan handphone saja, malah pelbagai barangan elektrik dan elektronik seperti laptop, i-pad,tablet, televisyen, peti sejuk, rice cooker dan banyak lagi.

6 Sebab & Kesan menggunakan Bio Velocity Sleep Mate
6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU GUNA BV SLEEP MATE (BVSM) UNTUK TIDUR ANDA:
  1. Memulihkan keseimbangan & kesihatan anda secara mudah dengan kuasa BVSM.
  2. Menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni.
  3. Meneutralkan gelombang berbahaya & menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma.
  4. Mempengaruhi pengaliran tenaga.
  5. Menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna.
  6. Mengimbang dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda.
SELEPAS MENGGUNAKAN BV SLEEP MATE (BVSM) UNTUK JANGKA MASA PANJANG:
Memberi manfaat kepada badan anda di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

KESAN SEBELUM & SELEPAS MENGGUNAKAN BV SLEEP MATE (BVSM)
Ujian klinikal menunjukan bahawa terdapat peningkatan tahan tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate.

14 KEISTIMEWAAN BV SLEEP MATE
  1. Meningkatkan metabolisme
  2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
  3. Menggalakkan peredaran darah
  4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun.
  5. Meningkatkan tahap medan tenaga
  6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan.
  7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan.
  8. Bersemangat dan bertenaga
  9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
  10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
  11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
  12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
  13. Menggalakkan fungsi jantung
  14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti
BERMANFAAT KEPADA???

  • PESAKIT GOUT
  • PESAKIT ASMA
  • PESAKIT ARTRITIS
  • PESAKIT DIABETES
  • STROK
  • SAKIT OTOT
  • TEKANAN DARAH TINGGI
  • INSOMIA
  • SENGUGUT
  • SAKIT KEPALA

Selain itu, BVSM juga dapat membantu melegakan sakit abdomen/ sakit perut, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, ketegangan leher dan rasa kebas.
Ia juga amat sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua.
Sesuai juga pada mereka yang mengalami tekanan(kerja, keluarga, kewangan) , mengamalkan tabiat hidup yang tidak sihat (merokok, minum alkohol) , persekitaran tempat kerja & rumah kurang baik (terdedah kepada radiasi). 

PENJAGAAN BV SLEEP MATE
  • Gunakan bahan cuci kain yang berorganik untuk cuci dengan tangan secara lembut
  • Keringkan di bawah matahari sebelah pagi (antara jam 8.30 pagi - 10.00 pagi)
  • Dicadangkan cuci di kawasan yang terkene kotoran sahaja.

GET ONE NOW AND RECEIVED MYSTERY GIFT!!!

Love,
ROSE
GLAM
GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA
rosemaamor@gmail.com l 012 3780825
instagram @rosemaamor