Tuesday 13 August 2013

PUSH UPS


Sudah seminggu kita semua meraikan Syawal.. Rose pasti ramai diluar sana menyambutnya dengan ceria dan gembira disamping keluarga dan teman-teman yang tersayang.. Jamuan yang menyelerakan pasti membuat kan kita mahu mencuba semua hidangan yang terhidang kan??? Al-maklum la, RAYA setahun sekali katanya! hehehe...
Tapi cube perhatikan bahagian perut kita yang sudah agak BUNCIT tue... Sudah sebulan kita berusaha menahan hawa nafsu untuk ratakan perot tue....Dah banyak yang berhabis masa dan tenaga malah menegeluarkan bajet tinggi untuk mendapatkan perut yang rata... Apa kata kita cuba tips senaman ringkas  namun BERKESAN untuk mengecilkan perut!

Tekan tubi atau push up merupakan antara senaman yang efektif untuk mengecilkan perut. Tekan tubi bermanfaat untuk menguatkan lengan dan otot perut. Namun teknik tekan tubi yang salah tidak akan membantu anda menyelesaikan masalah.  Ketahuilah tips ideal untuk tekan tubi.. Senaman tekan tubi seelok-eloknya dilakukan sewaktu perut kosong iaitu pada waktu pagi dan petang. Sebagai permulaan, lakukan tekan tubi sebanyak dua set (25 kali setiap set). Selanjutnya , bilangan boleh ditambah secara bertahap.

TIPS TEKAN TUBI / PUSH UP
  • Sebaik-baiknya elak menggunakan alas ketika melakukan tekan tubi. Lakukan saja di atas lantai.
  • Posisi tangan haruslah melebar di lantai. Kaki bertumpu pada hujung jari kaki, sehingga tubuh boleh ditampung dengan lurus dan sempurna.
  • Bengkokkan siku sambil menghembuskan nafas. Turunkan posisi bahu sehingga membentuk 90 darjah.
  • Kemudian sambil menarik nafas, tolak bahu ke atas sambil tangan diluruskan.
  • Sedikit senaman extra iaitu lompat tali "skipping". Walaupun kelihatan mudah, lompat tali nyata sangat berkesan untuk membakar kalori dalam badan. Bukan hanya otot kaki atau peha saja, lemak di PERUT dan di TANGAN juga akan dibakar. Disarankan untuk melakukan lompat tali selama 15 minit setiap hari.

KEBAIKAN
Tekan tubi atau push up memiliki banyak manfaat untuk tubuh antaranya;

1. MENGUATKAN OTOT
~ Senaman tekan tubi akan menguatkan otot khusu di bahagian lengan.

2. MENCEGAH OSTEOPOROSIS
~ Senaman tekan tubi memperkuatkan tulang dan mencegah tulang daripada kerapuhan tulang (osteoporosis).

3. PANJANG UMUR
~ Sebuah penyelidikan dari University of Greifswald yang dilakukan selama 7 tahun menunjukan amalan tekan tubi dapat meningkatkan kadar testosteron dalam tubuh. Testosteron ini berfungsi mencegah risiko diabetes, hipertensi dan obesiti.

4. MERATAKAN PERUT BUNCIT
~ Tekan tubi merupakan salah satu senaman ringan untuk mengatasi masalah perut buncit. Bagi yang ingin perutnya rata, jom push up!! Dan jangan lupa pakai PREMIUM BEAUTIFUL CORSET untuk kelihatan lebih ramping sepanjang hari!!

Rose harap tips yang dikongsi bersama memberi manfaat pada kita semua..
Selamat mencuba!!

Love,
Rose Maamor
rosemaamor@gmail.com l 012 3780825
GLAM
Green Leaders Academy Malaysia
instagram @rosemaamor

No comments:

Post a Comment