Tuesday 3 June 2014

Cantik Tapi B.E.R.B.A.U.


Pernahkah anda mengalami perkara tersebut?
Jangan menganggap remeh soal bau dan kesihatan di dalam mulut. Sebab, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan.
Bau mulut juga bole membuat seseorang menjadi tidak percaya diri dan menghalang dirinya dari bergaul. Lebih-lebih lagi jika masalah bau mulut tue dialami oleh kaum wanita. 
Bau mulut boleh terjadi berdasarkan apa yang anda makan.


Dan tahukah anda dengan mengambil gula dan tepung, bakteria akan berkumpul pada plak gigi. Lokasi di mana adanya sisa-sisa makanan yang menjadi punca gigi berbau.
Namun jangan merasa bimbang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Bau mulut boleh dielakkan dengan cara memilih makanan yang membantu  mengurangkan bau mulut.

Antara tips yang boleh membantu mengurangkan masalah mulut berbau adalah seperti:-
  • Mengunyah epal atau lobak setiap hari akan membuat nafas anda menjadi lebih segar dan harum.
  • Meminum teh hijau baik teh atau yang bercampur dengan bahan lain akan membantu. Teh hijau mengandungi catechin yang mampu membunuh bakteria di mulut, menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bakteria penyebab bau mulut.



  • Keju mampu melindungi enamel gigi dan menghasilkan air liur atau saliva serta membunuh bakteria penyebab plak gigi bahkan penyakit gusi.
  • Penggunaan air putih adalah cara terbaik untuk merangsang saliva (air liur). Berkumur dapat membantu mengeluarkan kotoran yang ada dicelah gigi dan penyebab bau mulut. Jadi, jangan lupa minum 8 gelas setiap hari.


Mulakan penjagaan kesihatan mulut anda. Gosok gigi salah satu daripadanya. Hal remeh seperti ini jangan lupa dilakukan minima 2 kali sehari selepas makan.
Pasti  gigi anda akan sihat dan masalah mulut berbau tiada lagi!



Harap perkongsian entri ini dapat memberi manfaat pada semua.

Love,
Rose Maamor


No comments:

Post a Comment