Hari ni Rose nak share pula pasal seorang usahawan berbangsa Melayu yang amat terkenal dan sinonim dimata dunia perniagaan! Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary. Rose rasa mesti ramai yang dah kenal atau mungkin sudah membaca biography mengenai diri beliau.. Tapi pada usahawan yang lain mungkin belom tahu atau tak pernah baca, ayuh hayati tips bernas darinya!
Sejak dari kecil, beliau sudah memahami betapa pentingnya erti kejayaan dalam kehidupan.
Kejayaan yang akan
mengubah hidup diri serta keluarganya. Yakni mengeluarkan diri daripada
kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seorang
usahawan kaya dan berjaya.
Beliau adalah Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.
Seorang usahawan Melayu yang cukup dikenali di mata masyarakat.
Kisah kejayaan beliau
menjadi inspirasi kepada golongan para usahawan. Namun apakah rahsia
kejayaannya? Apakah prinsip kehidupan yang dipegang oleh Tan Sri Syed
Mukhtar Al-Bukhary dalam perniagaannya?
Berdasarkan analisis
yang dikongsikan oleh beliau sepanjang kehidupannya berniaga, terdapat
7 tips kejayaan yang penting untuk diamalkan oleh para usahawan iaitu:
#1 – Usaha dan Tekun, Serta Sedar Ia Memakan Masa
Kejayaan itu prinsip
asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula memerlukan fokus, yakni membawa
maksud kepada ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai
peluang untuk berjaya dalam perniagaan.
Dalam masa sama,
usahawan perlu sedar tentang faktor masa. Dalam perniagaan, masa untuk
memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah berbeza-beza.

#2 – Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri
Usahawan yang hebat
lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan
diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke tahap yang
lebih baik. Dalam satu kajian yang dibuat, usahawan yang menggunakan
kekuatan mereka untuk membangunkan perniagaan bukan sahaja mudah untuk
berjaya.
Malah mereka akan mencapai tahap hidup yang bahagia dan kepuasan terhadap perniagaan yang dibangunkannya.
Buku Now Discover Your Strength
yang ditulis oleh Marcus Buckingham adalah buku rujukan yang bagus untuk
para usahawan mengenal pasti apa kekuatan dalam diri mereka.
Manakala para pekerja atau rakan niaga boleh digunakan bagi mengatasi kelemahan diri.
Tan Sri Syed Mukhtar
Al-Bukhary sering menyatakan, kejayaan dalam perniagaan tidak mempunyai
jalan singkat. Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih,
mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.
Tambah beliau, orang
yang lemah akan mengaku kalah. Bagi usahawan yang memiliki jiwa dan
semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu
sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang pemilik bisnes
yang lebih baik.
#4 – Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes
Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan.
Ia hanya menjadi salah
satu daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan
estim diri. Kesilapan usahawan yang memulakan perniagaan untuk hidup
mewah, akan membawa mereka kepada lembah hutang yang tidak berkesudahan.
Selain daripada Tan Sri
Syed Mukhtar Al-Bukhary sendiri yang mengakui tentang isu ini, lagenda
dunia teknologi dan gajet, Steve Jobs turut menyatakan,
“Perniagaan
itu akan lebih berjaya dan hebat apabila kita melakukan apa yang kita
cintai. Bukan tertakluk pada kemewahan semata-mata.”
#5 – Pangkat Dunia Juga Bukan Motivasi Perniagaan
Adakah kita berniaga kerana mahu memegang jawatan atau pangkat yang tinggi dalam syarikat?
Semua itu tidak
mustahil. Namun kepuasan yang sebenar tidak bergantung pada ia
semata-mata. Menurut beliau, sebab-sebab usahawan itu berjaya terletak
pada:
- · Keinginan yang kuat untuk hidup bebas.
- · Ingin mencapai matlamat bebas kewangan.
- · Ingin mengubah dunia menjadi lebih baik.
- · Ingin mengisi jawapan kepada masalah yang dihadapi masyarakat.
#6 – Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah
Walau apa jua cara yang
kita usahakan dalam perniagaan, matlamat utama kita sebagai usahawan
(khususnya yang beragama Islam) adalah mengingati bahawa setiap rezeki
yang diturunkan itu adalah milik Allah.
Justeru itu, apabila
kita memperoleh kejayaan walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan
kebajikan mengikut kemampuan agar kita memperoleh lebih banyak punca
rezeki.
Dalam Islam, agama ini
menuntut penganutnya untuk melakukan perniagaan. Kerana dengan
perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang halal
lebih banyak.
Dengan perniagaan, kita
mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak.
Dengan perniagaan juga, kita mempunyai masa yang lapang untuk
menunaikan ibadat-ibadat wajib dan sunat.
Oleh kerana
prinsip-prinsip ini, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dilihat sebagai
usahawan Melayu Islam yang begitu menonjol di mata dunia. Justeru itu,
mengamalkan tip-tip yang dikongsikan beliau ini dapat meningkatkan
keyakinan kita untuk lebih berjaya dalam perniagaan.
Perniagaan yang diberkati, dan dirahmati Allah.
Haaa...macam mana readers?? Teruja kan dengan tips yang diberi!!
Insya Allah Rose juga akan amalkan segala tips yang bernas nih...
Love,
Rose Maamor
rosemaamor@gmail.com l 012 3780825
GLAM
Green Leaders Academy Malaysia
instagram @rosemaamor
**credit to Afiq Azizan
No comments:
Post a Comment