
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua??
Rose harap semuanya baik, sehat dan bertenaga sepanjang Ramadhan al Mubarak. Syukur alhamdulillah kita masih lagi berpeluang untuk merasai kenikmatan dan rahmat bulan mulia ini... Antara nya malam Lailatul Qadar atau dikenali sebagai Malam 1000 Bulan..
Apa itu Lailatul Qadar?
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, sebagaimana yang diterangkan didalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. diantaranya firman Allah s.w.t.
Apakah tanda-tanda malam Lailatul Qadar?
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda berhubung dengan malam Lailatul Qadar
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat Nur yang terang benderang di segenap tempat sehingga cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Apakah amalan Lailatul Qadar?
- Banyakkan solat, membaca Al-Quran, doa dan zikir.
- Bacalah walaupun 1 ayat Al-Quran sebelum tidur, kerana jika kebetulan dengan malam Qadar, pahalanya lebih baik daripada sekali khatam Al-Quran pada malam-malam lain.(sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas)
- Bagi perempuan yang haid atau nifas, berzikirlah.
- Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah sepanjang Ramadhan. Dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat subuh berjemaah.
- Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang solat Isya berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulalil separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam."
- Solat terawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat isyak, orang yang solat terawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri Rose sendiri...
Insya Allah, segala amalan yang dilakukan akan mendapat rahmat dariNya..
Love,
Rose
GLAM
Green Leaders Academy Malaysia
rosemaamor@gmail.com l 012 2370825
instagram @rosemaamor